Thursday, May 24, 2012

nur dah khatam AQ

assalamualaikum, bismillah.

beberapa bulan yang lalu, aku ada tulis pasal Nur, cerita : orang biasa yang luar biasa. dan ya, Alhamdulillah, Nur dah Khatam baca quran :]

setiap hari,kalau tak ada halanganm lepas maghrib tunggu isya’ aku dan dia baca quran sama-sama.
mula dengan susah-susah, sampai lancar, sampai dia khatam
Alhamdulillah untuk nikmat tu.

dia khatam tarikh keramat juga, senang nak ingat, tanggal 1 Rejab. kita baca doa khatam masa tu azan isyak. rasa perasaan tu susah nak gambarkan. dan aku bersyukur untuk itu. sebelum ni, aku janji dengan dia, aku akan hadiahkan dia Quran baru bila dia khatam, dan aku minta maaf dekat dia, aku tak jumpa quran purple untuk dia ;’( muka depan quran tu aku tulis sebijik macam yang aku tulis masa aku hadiahkan quran dekat syi *rindu syi*

jadikanlah AQ sebagai kawan baik nti ‘
– cuma untuk Nur, enti ditukar dengan ‘awak’ hehe.

peringatan untuk aku juga, untuk jadikan AQ ‘kawan baik’. habis khatam kami peluk sama-sama. aku gembira untuk dia. bacaan dia jauuh lebih baik dari mula-mula dulu. dia berterima kasih dekat aku. tak, tak, tak, bukan perlu terima kasih pada aku, tapi kita sama-sama bersyukur kepada Allah :)

aku banyak juga belajar daripada dia.

lepas habis khatam tu, malam tu, kami cadang nak qiyam sama-sama. dia pesan dekat aku ‘huda, awak kejutkan saya esok pagi’ ‘InsyaAllah, InsyaAllah’. dan malam tu aku tidur lewat sikit, esoknya bila aku bangun dalam 15 minit nak dekat-dekat pukul lima, check handphone ada mesej daripada Nur.
                                                  ‘ Huda, bgn! Open-mouthed smile

rupanya dia dah kejutkan aku 30 minit sebelum aku bangun. aku tak sedar dia ketuk pintu, lena sangat kot (lainkali tidurlah lewat lagi –_-) dan sebab pintu berkunci, dia tak dapatla gerakkan aku. bila aku keluar nak pergi tandas gosok gigi semua, di ruang tamu, dia dah bertelekung duduk atas sejadah dan tengah mengaji dengan quran baru :) subhanallah, aku jadi kagum dengan dia.

beberapa hari sebelum tu, waktu petang, masa aku baru balik usrah, dia tegur aku ‘huda, usrah awak hari ni tadabbur ayat apa?’ aku pun ceritalaa. aku nampak mata dia bergenang.  ‘Nur, awak kenapa, jangan tipu, awak macam sedih. nape?’ dia taknak jawab. lama lepas tu, dia pun cakap. kami nangis dan gelak sama-sama petang tu. *lawak jugak bila fikir balik ;p’ dalam banyak-banyak yang dia cakap ;

‘ saya ada tadabbur ayat Quran hari tu, buat saya terfikir. saya nak berubah, saya nak pakai tudung muslimah’
’baguslah macam tu :)’

beberapa hari lepas tu, dia beli tudung baru. dan dia nampak cantik dengan tudung barunya. sungguh! dan nur, bila diajak pergi program, sangat susah nak tengok dia tolak.

Allah pilih dia.
untuk jadi muslimah yang lebih baik.
untuk jadi hambaNya yang lebih baik.
dia mungkin lebih baik daripada kita.
yang penting bukan permulaan, tetapi pengakhiran.

doakan nur istiqamah. buat aku juga. buat kita semua.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
terima kasih juga Nur sebab ajar aku banyak benda.
1 rejab 1433, tarikh itu ada maknanya buat aku dan dia juga barangkali.

astaghfirullah, sekian, wasalam~

*ramadhan 57 hari lagi :)

Tuesday, May 22, 2012

Dinner premed~

assalamualaikum, bismillah.

biasalah kut, bila dah nak habis program, nak buat dinner kan. erk tak terkecuali lah budak pre med intake July2011 ni haa. aku err nak tak nak je pergi. nak bertolak lepas maghrib, pukul 6 baru aku buat keputusan; yelah pegila pegila. pastu lee cakap ‘awak ni memang suka buat keputusan last minit. nak balik pun macam tu’ haha, terima kasih lee. lepas ni saya buat keputusan awal sikit eh –,-

so, buat Ahad malam dekat Sg Petani, Park Avenue Hotel. tema dia moonlight roses. buat aku teringat dengan roses g4squared je tahu tak ;(

grup
Group aku. Group B. Boosaaan. eh? mahu kena hempuk. oklah. B untuk Best (?)

P1010883P1010874

kata dinner, so makanlah kan. tapi aku sedih, aku tak dapat makan banyak. *drama* sebab aku tak biasa makan banyak. haha, booo. ummi pernah cakap; ‘Huda ni, tak payah bawak makan dekat hotel, buat rugi duit je T_T’

P1010877P1010895

P1010881P1010900

P1010898

housemate e
Dan ni housemate aku. bapak, mak, moyot, k.long, k.ngah ada. nenek je jauh nun kat mesir tu haaaaa. apapun, ukhuwah till the end :]

P1010948
(tangan Fariza ; aku undi kau tahu tak! :P)

dan erk malam tu ada funny award? minggu nak dinner dalam kelas sibuk kutip undi. dan yelaa ‘terima kasih’ jela sebab undi ‘kaki balik’ untuk aku. mana tak homesick aku membesar selama ni bawak ketiak abiumi. alasan. sape ha undi aku ni ;/ err. malu pun ada. hahahaha. sekarang baru nak malu huda hoi?

so, boleh aku bertanding jadi wakil rakyat? ada sesiapa nak undi aku nanti? haha, berangan je pandai =..=

~ampun, maleh nak upload banyak gambar,huhu. ‘enjoy like no one is watching’ something wrong tu dengan ayat tu. no offence. . semoga Allah ampunkan dosa kita sepanjang majlis tu, astaghfirullah, wasalam.

*ramadhan 59 hari lagi :)
rejab dah menjelma, kalau tak boleh masuk gear lagi mari-mari panaskan enjin.
’Allahumma bariklana fi rejab, wa sya’ban wa ballighna ramadhan ‘

Friday, May 18, 2012

kita satu pasukan, hoyeah!

assalamualaikum, bismillah.

dulu masa kami 4 beradik kecil-kecil, kami suka tengok cerita kartun yang berpasukan. sebab fair la, setiap orang dapat satu watak. paling ingat power rangers dengan teletubbies. (tapi goku, slam dunk, doraemon etc pun layan jugak.) dan konon-konon watak yang ada tu memang sesuai dengan karakter kami. seolah-olah pengarah cerita tu buat cerita untuk kami. *over sikit pulak –_-

disebabkan jarak umur kami dekat-dekat je, memang kami rapat. tulah kawan gaduh tarik-tarik rambut, hihi. tu jugaklah muka yang tidur sekatil bedtime story sama-sama, mengaji dan tasmi’ hafazan dengan abi sama-sama tu, dan tu jugaklah kaki gosip ehem ehem, kaki gelak sama-sama sampai kena tegur dengan abi sebab banyak sangat cerita dan gelak tak ingat dunia kalau duk bercerita. eh tapi tu bukan aku. haha yo yo oh je

[12 tahun lalu, kami yang selekeh]

sekarang, Husna pun dah nak masuk U, semua dah ada haluan masing-masing. dan aku suka kombinasi kami sekarang. dan sebenarnya bidang yang nak diambil oleh masing-masing juga ada meeting kami walaupun secara tak formal. ingat lagi wafda cakap dekat aku masa aku bercadang nak ambil Law ; ‘ huda, kau ada peluang ambil medik, ambillah medik, nanti abiumi/ahli keluarga sakit ada yang tahu. biarlah aku dah ambil Law’ lebih kurang macam tulah. sungguh, ayat tu berbekas dalam hati aku walaupun mesti wafda tak ingat dia pernah cakap macam tu dekat aku. hoho

abi dan umi tak pernah paksa kami ambil apa-apa bidang,cuma abi pesan ‘ambillah apa-apa bidang pun, yang penting jadi pakar dalam bidang tu’

sekarang kami berjuang dengan jurusan masing-masing. semoga Allah redha dan permudahkan segalanya.

Wafda, 22 tahun, ambil Law Syariah dekat KUIS. tak silap, tahun depan dah nak habis. dia ni, nak ada pertandingan debat, baru nak call aku, mesej-mesej tanya tips. aku dah pencen ni memang sangatlah membantu. takpun call aku nak shopping. apakah? haila. dia ni banyak cakap, terlebih ramah. serius, ada je benda nak cakap –_-

Aminah, 21 tahun, ambil Usuluddin dekat UM. bakal ustazah pilihan (?) sebelum ni, kalau ada apa-apa benda nak tanya, aku call/mesej abi. kadang-kadang abi gelak dengan soalan aku T_T sekarang aku banyak tanya cik minah ni, tapi dia pernah cakap dekat aku ; ‘kau ni tak habis belajar ke ape?’ ambik kau sekali kena perli habis. yelah, kena juga tanya yang lebih arif kan.

aku, masih belum 20an. baru 19, ceh bangga. tengah buat pre-medik dekat Aucms. setakat ni, kerja aku menakutkan zaid zaim, dengan menunjukkan gambar-gambar parasit supaya diorang ni bila main pakai kasut dan mandi bersih-bersih. haha. ketip kuku pun aku yang kena ketipkan lagi. ape punya budak la.

Husna, 18 tahun, bakal belajar di UiTM dungun, dalam Culinary Arts. (kesian gila tercampak dekat Ganu sana.kahkahkah). dia ni, ibarat kakak kepada kakak (aku la tuh) dia memang matang dan ‘besar’ dulu daripada aku. aku kagum dengan semangat dia, amboi dah siap tanya senior-senior sebelum Spm lagi pasal Culinary Arts. dia tahu apa dia nak. dah siap pergi kursus memasak, jadi junior chef chef Sabri lagi. jeles aku. dan tak payah nak compare sangat aku dengan dia. memang telah diakui, dia memang jaaauh lebih hebat daripada aku bab memasak. memang sodap la dia masak. umi pun kadang-kadang tanya dia. cukup,tak boleh puji lebih-lebih. dia dah cukup kembang dah.

eh, buat-buat lupa pulak yang aku ada lagi adik. tapi diorang dua ni macam generasi kedua dalam adik beradik kami. dua-dua lelaki, sorang nak jadi engineer, sorang nak jadi polis, dua-dua budak lagi. kitorang berempat dah masuk U diorang tak habis lagi sekolah rendah. tak payah ceritalah. banyak main game dan cerita pasal bola je depa tu. ceh, diskriminasi. apapun aku sayang mereka semua, kerana Allah. nanti kita masuk syurga sama-sama ye. lagi hoyeaaah :D
* * * * * * *
kami adik beradik memang tak macam adik beradik orang lain. cakap guna aku-kau je. hmm. entah sejak bila. masa kecik mana ada guna aku-kau. evolusi tanpa sedar. bagi sesetengah orang nampak kasar. tapi entah kami dah biasa, dan kata cikgu bm aku, penggunaan aku-kau ada 3. masa cakap dengan Tuhan, bahasa orang yang mesra dan rapat, yang ketiga bahasa kasar. faham-faham jelah kami kategori mana kot

bila dah besar ni, dekat rumah tau-tau jelah selalu cakap pasal apa. wallaweh, anak muda, jiwa remaja. fuh. abiumi sekarang macam sahabat,sangat open. tapi bila cakap pasal tu, ye ye aku memang selalu terkebelakang. terkejut juga bila umi tanya, siap bagi cadangan. lawak oh. yelah kan, yang lain excited siap dah ada plan dah, (haha) eh eh, aku forever alone. suka buat pura-pura tak tahu dan tak kesah. haha, kau memang huda. aku ada plan ape, cuma masa sekarang, aku mahu..

sibuk menyiapkan diri,
sibuk menuntut ilmu,
sibuk memajukan minda,
dan sibuk menggandakan amal!

nak cakap rindu rumah, tapi apa cengeng sangat aku ni.t.kasih baca coretan aku. ok, bye, astaghfirullah, assalamualaikum.

ramadhan 63 hari lagi :)

Saturday, May 12, 2012

salah faham terhadap Islam

assalamualaikum, bismillah.

apa yang aku tulis ni sedikit je daripada salah faham terhadap Islam yang banyak-banyak. dan hujah ni, sedikit je daripada banyak-banyak hujah yang ada. harapnya ada lah terselit dimana-mana manfaatnya.

apa-apa pun, sebelum hujah-hujah lainnya, persoalan-persoalan tu pertamanya, kita umat Islam yakin itu semua hak Allah. atau bahasa pasarnya, semua itu suka hati Allah nak buat apa-pun. Dia Tuhan dan Tuan kita. so, tak ada masalah.

kata seorang speaker, kalau nak debat dengan kristian katolik kena banyak guna logik, kalau krisitian protestan kena guna bible. eh ortodoks, tiada tips. hehe. aku tulis untuk umum je.

terus kepada persolan

1) Nabi Muhammad gila seks? sebab ada 9 isteri dan Aisyah r.a dikahwini pada usia 6 tahun? 

perkara pertama, bila orang tuduh nabi Muhammad gila seks, perlulah kemukan bukti atau tanda-tanda orang gila seks yang ada pada nabi. kalau orang ada penyakit diebetes ke darah tinggi ke, mesti ada tanda kan? mana aci tuduh pakai sebarang cakap je. ada ke tanda-tandanya? hmm, *wondering

secara umumnya, semua orang tahu, rasulullah mengahwini s.khadijah yang tua 15 tahun daripada baginda. dan, s.Khadijah pernah dua kali menjadi janda. dan, selama 25 tahun baginda bermonogami. setelah wafatnya s.khadijah Rasullullah menjadi duda selama 2 tahun. boleh ke orang gila seks duda 2 tahun. eh,ada ke tanda gila seks dari awal tu?

9 isteri ? kenapa tak ceraikan lepas turun ayat hadkan 4 je. Allah yang larang, fullstop [33:50-53]. dan hanya s.Aisyah r.a sahaja yang anak dara semasa dikahwini. hmm, ada orang gila seks nak berkahwin banyak dengan janda dan kena bertanggungjawab atas semua isterinya? bertanggungjawab tau, bukan touchn go *wondering*

hal s.Aisyah, walupun masa tu umurnya baru 6 tahun, itu ada kebiasaan masyarakat arab masa tu. dan tahu tak, sebelum s.Aisyah mengahwini baginda, dia telah bertunang dengan anak Abu Jahal. nak tunjukkan, itu adat masa tu. eh, anak Abu Jahal tak dituduh pula? hmm. dan, Rasulullah hanya tinggal dengan Aisyah selepas dia baligh. againn, ada ke tanda gila seks?

2)kalau Allah berkuasa, kenapa nak cipta malaikat untuk bantu Dia?

pertamanya, sugguhpun Allah yang cipta Malaikat, Dia menciptakan bumi ini sendiri. dan tanpa bantuan malaikat, Dia pernah je bercakap dengan nabi Musa, walupun biasanya malaikat menjadi penghantar wahyu. dan Malaikat dibuktikan tidak lah tahu dan berkuasa melebihi Allah. dan malaikat juga tak tahu beberapa perkara melebihi ilmu Allah. contoh [2:30-32]

kenapa Allah nak cipta malaikat? to show his divine creation who obey Allah totally 100%. He can do anything he wants.

3) Allah yang ciptakan manusia, kenapa tak ciptakan semua Islam je?

eh, siapa kata Allah tak boleh buat macam tu. boleh je [10:99] dah kita kata dunia ni ujian, inilah ujian. Allah turunkan nabi, turunkan kitab. semua yang benar. kita yang tentukan hidup kita. pilihh. Allah tak pernah menzalimi diri kita. Allah tu adil, tak ada special apa sangat pun kalau lahir islam atau tak. amalan yang penting. yang utama bukan keadaan kita dilahirkan. tetapi bagaimana keadaan kita mati nantiii.

4) sembah kaabah, sembah berhala jugak?

ni memang selalu timbul salah faham. dan ramai juga dah terangkan. kaabah yang disembah itu hanya ‘arah’. it’s not about direction but place [2:144-149]. kalau angkat kaabah tu letak dekat malaysia ni haa, tetap kita solat arah mekah-masjidilharam sana kan. kalau zaman nabi dulu, sahabat laungkan azan panjat atas kaabah. cuba sekarang suruh orang yang sembah patung berhala pijak patung berhala tu punya kepala. huh, ada berani boleh cuba. lain, lain, lain. dah cakap lain kan. hmm

erk okay, setakat persoalan tu dulu. setakat sesimple itu dulu. kalau ada kesempatan lain, akan cuba tulis persoalan lain. tapi tak dapat nak janji. huhu.  dan tak tahu kenapa, tak dapat lari juga daripada tulis ayat skema. ampun –__-

kalau ada hujah lagi mantop untuk persoalan ni, sila-sila utarakan. kalau ada salah atau teguran, sila-sila utarakan juga :D semoga ada manfaat. sekurang-kurangnya ilmu bertambah 0.00000001 pun okay lah. ye dok? sekian, wasalam

*ramadhan 69 hari lagi :)