assalamualaikum, bismillah.
alhamdulillah, saya dah pulang ke gombak :D kali pertama balik tahun ni. baru bulan satu padahal. dan ujian sungguh, biasanya kalau balik naik train, hanya memakan masa 7-8 jam, dan itupun masa malam, memang tidur je. tapi kali ini terkandas sampai 11 jam. fuhh. penat baring, duduk pun penat. tapi, alhamdulillah, sampai juga. terasa sangat cemburu orang yang balik naik flight hanya 1 jam sahaja! phew. apapun, train sahajalah pilihan hati.
kali ini banyak lah barang bawak balik. beg galas, beg kampung, beg sisi, namakan sahaja. kihkih. selama ni, mana nak bawak balik lecture notes banyak-banyak. baru insaf. dan oh, malunya, mana saya tahu lrt pakai token sekarang. ketinggalan zamannya saya, terpaksa tanya cik akak kaunter. senyuman akak sungguh menawan, terima kasih ~! dan sekali lagi buat malu, apasal pergi tunggu lrt ke kelana jaya. memang tak sampai gombaklah gamaknya. padahal bukan kali pertama.err,semua jadi tak kena.
cuti kali ni, sepuloh hari beb. untunglah budak cina dapat cuti raya lama. tak apa, saya juga dapat bahagiannya. banyak benda nak kena buat sebenarnya cuti ni. takut tak terbuat dan melagha je kang. astaghfirullah
things to do : jumpa cikgu, kawan-kawan. err, jalan-jalan sekali ;P pergi sana-pergi sini. dan ergh, study~! eh, tak boleh ergh, kena yeah study~! pointer 3.7 untuk sem lepas perlu sangat banyak diperbaiki. final sem 2 tinggal sebulan –_-’ interview dengan Irish pun tinggal sebulan jugak lagi. exam IELTS pun semakin hampir. kena lipat ganda usaha. semoga dipermudahkan segalanya InsyaAllah.
sebenarnya tak ada point sangat nak tulis, tapi tahpahape nak tulis jugak. konon catatan kehidupanlah. hattuik[?]. ok,maaf curi masa anda dengan benda tak bermanfaat.rancanglah cuti anda-anda-anda dengan sebaiknya. nanti menyesal je. astaghfirullah, sekian wasalam~
0 komen:
Post a Comment