assalamualaikum, bismillah.
amaran awal : tidak sesuai untuk budak bawah umur. ceh
tadi masa usrah a.k.a bulatan gembira, kami tadabbur surah An-Nur. well, surah yang sangat agak famous salah satu babnya adalah bab nikah-kahwin. hemm, *uhukuhuk* bila kupasan ayat, macam macam perbincangan keluar. maklumlah darah muda, excited je bila bab kahwin. hmm. eh ye ke? depends pada orang la kot
tiba-tiba ada seorang sahabat yang aku suka kelembutannya, si A tanya :
‘akak, macam mana kalau kita dah selesa dengan seseorang tu, rasa yakin dah dengan orang tu, tapi atas beberapa sebab, (contoh parents tak bagi sebab suruh tunggu lepas grad) kita tak boleh berhubung/bersama dengan orang tu. tapi kita rasa macam tak boleh lepaskan dia takut dia jumpa orang lain ke. kalau tunggu nanti dah tak ada perasaan ke, macam mana tu’
menarik sungguh soalan. *angguk-angguk*
akak usrah kami cakap la panjang lebar. ‘mungkin parents kita tak bagi sebab kita belum bersedia, so kita kena convincekan parents dulu. kita kena bersedia nak pikul tanggungjawab. dan kita kena betul-betul yakin dengan takdir. kalau kita yakin dia sudah ditakdirkan sebagai jodoh kita, kita tak perlu risaula. tapi kalau kita ‘lepas’kan dan ragu-ragu akan bersama atau tak, dah cukup mantap ke keyakinan kita tu? blablablabla.’
si A pun cakap-cakap lagi. sambung..
aku sekadar angguk dengar. bila keadaan dah agak reda, aku pun minta izin ‘ akak, boleh saya nak kongsi cerita? mungkin berkait rapat dengan situasi si A tadi’ sekadar nak share, bukan aku paling arif pun bab ni sebenarnya ‘oh, boleh-boleh’
just mungkin boleh refleks kisah cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf. betapa dahsyatnya cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf, dalamnya cinta Zulaikha sampai boleh terfikir nak buat perkara tak elok (semua pun tahu serba serbi ceritanya..)
tapi bila lama lepas tu, Zulaikha pun dah bertaubat, ‘berpisah’ la dengan nabi yusuf. ‘terputus’la kira tanpa khabar berita. nabi Yusuf yang merupakan manusia yang paling tampan, indah akhlaknya, pasti ramai wanita yang tergila-gilakan baginda. tak risau kah Zulaikha dengan perpisahan tu? logiknya mesti dah rasa macam tak ada peluang dah lagi kan? tetapi di dalam hatinya yang tetap penuh dengan kecintaan terhadap Yusuf a.s, kecintaan Zulaikha kepada Allah meningkat jauh juga. bahkan melebihi cintanya kepada nabi Yusuf. dan lihatlah, takdir yang Allah tetapkan, Zulaikha menjadi cantik dan muda semula dan akhirnya disatukan juga dengan Yusuf a.s.
jadi, kenapa perlu risau dengan ‘terpisah’ ‘berpisah’ @ dengan yang sewaktu dengannya. mantapkan cinta dengan Allah, zulaikha pasti menemui Yusufnya. heee :D
‘oh, terima kasih semua sudi share’ si A tersenyum. semoga dia ketemu jawapannya.
juga buat kamu yang turut risau dengan perpisahan jarak, keadaan dan sebagainya.. sedangkan hati punya keinginan dalam keterbatasan. bersabarlah, kejar yang utama, yang didamba pasti menjelma. err ayat, Fuhh. pandai cakap.hoho
* * * * * * *
hari tu aku utarakan idea separuh gila dekat kakakku, Aminah. sambil gelak-gelak ‘eh boleh tak sebelum fly ke Ireland bulan 9 nanti, (InsyaAllah,ameen) nak bertunang dulu. nanti balik dari Ireland dekat 3 tahun lepas tu, terus nikah dan walimah.’ haha. sambil bergelak separuh pontianak ‘calon mana? calon?’ HAHAHA, sakan bantai gelak.
tiba-tiba beberapa hari lepas dapat mesej ‘ada ikhwah cari calon isteri. berminat? tapi kahwin lepas belajar la’ HAHA, mahu tak gelak besar masa tu
hari tu juga, lepas balik satu program, ada orang tengah la konon disuruh tanya untuk pihak lain, ‘huda dah berpunya ke?’ HAHA, gelak lagi.
cukuplah,
aku Zulaikha yang menanti Yusufnya. Eh eh. *muntah* masak dah reti dah? perangai kebudakan dah hilang? pemikiran dah matang? budak cengeng. Err –_- haha, main-main pulak. apa-apalah,semoga ada manfaat. astaghfirullah sekian, assalamualaikum.
#baru habis baca buku kitab cinta Zulaikha dan Yusuf. dahsat sangat cinta Zulaikha dalam tu, tapi tak sedahsat Zulaikha-nabi Yusuf mungkin.
# dialog dengan si A, olahan penulis. harap maklum
2 komen:
HUDA !
memang semua musim fikir pasal bab ni agaknya :D
nt, wajbun nt ajak ana personally. ana takmahu nt tag ana kat invitation card kat facebook or invite ana pergi event. tau.
*haha demand ;D tapi serius ;)
huda, lagi sekali, ana rindu nt <3
ATEY!
eh? hmm, tak dapat nak cakap ape dah la.
eh, ke situ pulak. Tak payah nak jauh sangat fikir sekarang. kihkih. beberapa tahun akan datang, InsyaAllah. hoho :D
huhu,
ergh, rindu jugak nt <3
Post a Comment